Saturday 21 April 2012

Dear Future Wife

walaweyyyh, lama gila aku tak updated blog aku. so, sekarang bermula kisah baru. haha. sebelum tuh, aku nak bagitau something. team futsal aku berjaya ke peringkat kelompok 8 pasukan terbaik. haha. walaupun kalah, aku bangga lah juga sebab dah lama tak main tournament, tiba-tiba main sampai ke suku akhir. ada luck sampai situ je kan nak buat macam mane. haha.

ok, berbalik pada main topic blog aku. future wife? haha, yup, aku ada calon untuk bakal isteri aku. siapa yang tau tuh, diam-diam je la ea. aku terima dia seadanya, baik buruk dia aku tetap sayang dia macam mana dia sayang aku. sejahat mana dia pon, aku tetap nak jadi kan dia isteri aku kelak. memang aku akui dia liar sebelum kenal aku. tak tahu nak tutup aurat dia, terdedah sana sini sebabkan tak nak dijadikan bahan oleh kawan dia. sanggup buat apa jek sebab tak nak dibahankan. kesetiaan tuh langsung takda dalam hidup dia. sebelum dia kenal aku. lepas dia kenal aku, memang banyak perbezaan antara aku dengan dia. so, dari situ aku bertekad dan niat nak ubah dia jadi seperti apa yang dituntut agama. alhamdulillah, sikit demi sedikit. dia berubah tanpa paksaan. yela, aku pon bukannya tinggi mana pon ilmu agama ni. tapi cukuplah untuk dunia akhirat nanti.

aku bangga kerana dijodohkan dengan dia andai kata jodoh suratan takdir satukan aku dengan dia. amat ketara sekali dengan tingkah lakunya, sejak dari tuh, dia mula kenal kesetiaan, kalau aku takda disisi dia lagi. aku doakan dia ada disisi orang yang disayangi dan menyayangi. biar dia jumpa jodoh terbaik dari aku, memang orang cakap cinta itu buta. tapi janganlah buta hati dari buta mata. sesibok dia pon, dia tetap ingat aku. tak pernah dia lupa, walaupon sejenak. kalau umur aku panjang aku nak dia selalu ada dalam hati aku, aku tak mampu lagi nak mengubah. sebab terdetik aku kata dia jodoh aku.aku tertarik dari segi percakapan dia, suara lentuknya. aku boleh ngigau sebab tuh, haha. aku selalu doa untuk hubungan yang aku dengan dia cipta. selalu pikirkan dia. aku pon tak tahu kenapa selalu call dia. asal topup jek, mesti call. tanya dia kat mana, buat apa semua. alhamdulillah, aku takda selisih faham sampai ke tahap nak break. yang tuh aku bersyukur gila, mana taknya. selalu kalau marah, aku cepat-cepat nak redakan. kalau kronik sikit aku biakan dulu dalam sehari, baru settle kan. huhu. tapi lepas benda-benda nih jadi aku pon kena berhati-hati tak nak sampai ke tahap tuh lagi. bahaya yoo.

 dia langsong tak pernah berkira dengan aku, langsong tak pernah. memang lah dia dulu ramai laki dia kawan, couple semua. tapi dia masih dapat pertahankan mahkota dia dari berlaku benda yang tak sepatotnya. yang maksud aku tak berkira tuh, biasanya kan kawan couple ramai serentak orang mesti ingat kikis duit la, apala. aku pon masa mula kenal aku pon terpikir macam tuh, tapi silap besar siapa yang anggap macam tuh. serius, silap besar. bagi aku, dia lah segalanya. dia selalu ada masalah, macam-macam masalah dia. tapi aku dia selalu tak nak bagitau aku. kadang-kadang dia cerita la, tapi masa mula-mula kenal dulu memang susah nak cakap problem dia. lepas aku cakap kat baru dia bagitau aku. dia jenis suka pendam. so, bagi aku bahaya sikit la kalau orang jenis pendam nih. sebab aku pernah kawan dengan orang jenis pendam-pendam nih. aku baru tau dia, kalau aku ada buat salah, teros bagitau. sekarang takda masalah dengan tuh. dalam otak aku nak je jumpa dia hari-hari. aman, bahagia, tenang hati aku bila wajah dia ada depan mata aku. aku nak dia halal disisi aku selamanya nanti.

konklusinya, saya terima awak seadanya, saya bukan jenis memilih. sejak awal perkenalan kita lagi hati saya terdetik mungkin ini jodoh saya untuk selamanya. jadi, aku tak perlu ragu-ragu pikir yang saya ni boleh ke terima awak yang serba kekurangan tuh. jawapannya, saya seadanya. nanti tunggu depan rumah ea. saya datang meminang nanti. hahahahaha.

oklah, sampai sini ceritaku untuk kamu semua. nanti, aku update lagi. tapi tak comfirm lah bila yer. haha. orite, chiow dulu. assalamualaikum. :D