Friday 18 May 2012

Hari Guru Sedunia

hoi-hoi! assalamualaikum. selamat hari guru untuk semua yang bergelar guru atau saintifiknya cikgu. =D ok, comfirm teringat kan masa kita kecik-kecik pegi sekolah. mesti have fun kan. yela, orang-orang tua pun cakap. waktu sekolahlah waktu paling segar dalam ingatan kita. apa taknya, kita tak pikir pasal masa depan kita pon nanti, keje nak main jek. pakwe makwe lagi. haha. biasa lah, budak baru nak up kan. cun abes. haha. nasib baik lah aku jenis tak selalu pindah sekolah. sakit woo kalau nak pindah sekolah, aku pernah ada pengalaman pindah sekolah. serik aku taknak pindah-pindah lagi. hahaha. orait, nih aku senaraikan nama sekolah yang menjadi tempat aku menimba ilmu sampai aku ke menara gading. alhamdulillah. check it out!


  1. Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri, Johor Bahru (2000-2005)
  2. Sekolah Menengah Tasek Utara 2, Johor Bahru (tak jadi, haha)
  3. Sekolah Menengah Saint Joseph (B), Johor Bahru (2006-2008)
  4. Sekolah Menengah Teknik Perdagangan, Johor Bahru (2009-2010)
haha, mesti korang pelik kenapa yang sekolah tasek utara 2 nih aku tak jadi masuk, sebenarnya aku dapat masuk Sekolah Menengah Tasek Utara 2 tuh. tapi memandang keadaan lalulintas yang menyukarkan ayah aku nak hantar aku pergi sekolah jadi aku berpindah la ke Sekolah Menengah Saint Joseph tuh. nama sekolah jek macam mat saleh sikit. tapi banyak melayu. haha. cina dengan india pon ade. tapi tak ramai lah. kat sekolah nih jugaklah aku aktif giler bersukan, sukan tahunan ada jek aku pingat bawa balik. antaranya acara olahraga, 4x100m (perak), 4x400m (emas). masa nih aku tingkatan 2. haha, hebat lah jugak aku nih kan. masa tingkatan 2 nih jugak aku johan futsal antara kelas. johan tau. haha. naik tingkatan 3, aku juz dapat satu pingat jek acara olahraga jugak 400m (perak). tingkatan 4 pulak aku pindah Sekolah Menengah Teknik Perdagangan. masuk sekolah nih, aku terus jadi malas nak aktif sukan. arghhh! mana taknyer. sebelum tuh sekolah semua laki, bila masuk sekolah teknik nih, campur laki perempuan. aku jadi pemalu tiba-tiba. segan nak bercakap dengan perempuan. sumpah, aku mengigil nak cakap dengan perempuan.

lama kelamaan, jadi ok dah. rasa dah biasa. alah bisa, tegal biasa la katakan. haha. masuk sekolah teknik nih, mula tengok perempuan. macam-macam jenis perempuan ade, sampai jadi tak faham pon ada diorang nih. hahaha. masa kat sekolah teknik nih juga aku fokus pelajaran, matapelajaran yang paling aku suka lukisan kejuruteraan (LK). memang syok. sampai aku nih belajar dulu, sebelum cikgu ajar. aku tak pernah turun gred A tau. bukan nak berlagak, tapi kenyataan kan. korang kena terima bhai. hahaha. tapi apa-apa pun semua kenangan kat sekolah nih lah kenangan terindah dalam hidup kita seumur hidup. so, hargailah segala apa yang jasa insan yang bergelar guru nih berikan pada kita. keberkatan ilmu tuh penting, untuk mendapatkan kehidupan diredhai Allah. insyaAllah. so, apa lagi? chiow. habis dahhhhh! hahahaha =D

Thursday 10 May 2012

Skyping!!

woohoo! lama gila aku tak on skype. haha, akhirnya aku on dan skype jgk dengan die. die tuh sape lagi kan? buah hati hambalah. tak banyak aku nak cerita, just aku rindu dia sangat-sangat masa tengah skype tuh. comel gila perangai dia. rasa nak cubit pipi dia, geram gila gua. suara dia macam budak kecik, menampakkan kecomelan dia tuh. ya Allah, kalau dia kat depan aku nih. aku taktau nak buat apa dah. haha. jangan pikir apa aku buat bila aku berdepan dengan dia. =D

sejak aku couple dengan die. aku selalu skype. tapi sekarang, lama gila tak skype. maklumlah, internet slow kan. tapi malam 11hb mei, gua balon. dapat ke tak dapat belakang kira. haha. cun. dia pakai shawl, terserlah lagi la comel die tuh. aku cakap die comel, die tetap cakap die buruk. eishhhh, awak memang cari nahas kan. haha. degil betul. takpe, asal dapat tengok muke awak pon jadi la. dah lama kot gua tak jumpa lu. haha. pape pon, saya sayang awak sorang jek tau. sangat-sangat! <3

Monday 7 May 2012

Tenang.

yer, siapa sakit hati bila bekas kekasih mencari kekasihnya balik? tapi aku tak sakit hati pun, tenang. sebab aku percaya benda macam ni mesti berlaku dalam perhubungan. aku tak kisah pun, aku tak pendam pape. itu terpulang pada hatinya nak memilih siapa. hidup ni tak perlu memaksa, dan tak perlu dipaksa. memang hati ni kadang-kadang pikir yang tak masuk akal. tapi lumrahnya terjadi disekeliling kita. tabahkan hati je hadap semuanya nanti. bukan aku tak sayang dia, tapi aku sayang dia macam mana dia sayang aku. aku hidup banyak belajar erti redha akan apa yang jadi depan mata. sebab aku pikir ada hikmah semua yang terjadi. aku cuma berdoa dan bertawakal je apa yang nak jadi seterusnya.

kadang-kadang dalam perhubungan memang ada pasang surutnya, bagi pasangan bercinta tahulah maksudnya apa. apa yang aku buat kalau jadinya kesurutan tuh, aku akan mengalah walaupun aku salah ataupun tak. sebab bukan keinginan aku nak yang berkeladak menjadi keruh. memang semua pasangan tak mahu benda macam ni jadi. tapi ada juga orang bosan dengan pasangannya. tapi aku syukur sebab tade terbit rasa macam tuh dalam hati aku kat dia. alhamdulillah. yer, aku dah janji takkan tinggalkan dia. dan aku pegang janji tuh, tak pernah lepas dari genggaman aku.

aku tak nak salahkan siapa-siapa, mungkin ada silap aku yang aku terlepas pandang. aku cuma manusia. aku bukan orang yang sempurna sifatnya. ada kekurangan dan ada juga kelebihan, tapi aku rasa kekurangan aku terlampau banyak dari kelebihan aku. ataupun aku tak nampak apa yang orang nampak. mungkin juga aku tak mencari apa yang tersirat dalam keupayaan aku sendiri. tak apalah. mungkin aku tak perlu kata apa-apa yang boleh buat hati seseorang terguris tanpa aku sedar. maafkan aku kalau aku tak sempurna di mata kau. maafkan aku kalau aku terlalu sayangkan kau. maafkan aku kalau aku menjadi kekurangan kau. maafkan aku.