Monday, 7 May 2012

Tenang.

yer, siapa sakit hati bila bekas kekasih mencari kekasihnya balik? tapi aku tak sakit hati pun, tenang. sebab aku percaya benda macam ni mesti berlaku dalam perhubungan. aku tak kisah pun, aku tak pendam pape. itu terpulang pada hatinya nak memilih siapa. hidup ni tak perlu memaksa, dan tak perlu dipaksa. memang hati ni kadang-kadang pikir yang tak masuk akal. tapi lumrahnya terjadi disekeliling kita. tabahkan hati je hadap semuanya nanti. bukan aku tak sayang dia, tapi aku sayang dia macam mana dia sayang aku. aku hidup banyak belajar erti redha akan apa yang jadi depan mata. sebab aku pikir ada hikmah semua yang terjadi. aku cuma berdoa dan bertawakal je apa yang nak jadi seterusnya.

kadang-kadang dalam perhubungan memang ada pasang surutnya, bagi pasangan bercinta tahulah maksudnya apa. apa yang aku buat kalau jadinya kesurutan tuh, aku akan mengalah walaupun aku salah ataupun tak. sebab bukan keinginan aku nak yang berkeladak menjadi keruh. memang semua pasangan tak mahu benda macam ni jadi. tapi ada juga orang bosan dengan pasangannya. tapi aku syukur sebab tade terbit rasa macam tuh dalam hati aku kat dia. alhamdulillah. yer, aku dah janji takkan tinggalkan dia. dan aku pegang janji tuh, tak pernah lepas dari genggaman aku.

aku tak nak salahkan siapa-siapa, mungkin ada silap aku yang aku terlepas pandang. aku cuma manusia. aku bukan orang yang sempurna sifatnya. ada kekurangan dan ada juga kelebihan, tapi aku rasa kekurangan aku terlampau banyak dari kelebihan aku. ataupun aku tak nampak apa yang orang nampak. mungkin juga aku tak mencari apa yang tersirat dalam keupayaan aku sendiri. tak apalah. mungkin aku tak perlu kata apa-apa yang boleh buat hati seseorang terguris tanpa aku sedar. maafkan aku kalau aku tak sempurna di mata kau. maafkan aku kalau aku terlalu sayangkan kau. maafkan aku kalau aku menjadi kekurangan kau. maafkan aku.

No comments:

Post a Comment